Khamis, 19 Januari 2012

Resepi Burger Kambing Mediterranean

Bahan-bahan Burger Kambing Mediterranean:
Daging Kambing - 300gm
Jintan Putih - 1 sudu kecil
Kayu Manis - 1 sudu kecil
Bawang Putih - 3 ulas
Garam - Secubit
Lada Putih - Secubit
Kuning Telur - 2 biji
Serbuk Panko - 2 sudu besar

Bahan-bahan Raita (Tatziki):
Yogurt Asli -500ml
Lemon - ½ biji
Jintan Putih - ¼ sudu kecil
Bawang Putih - ½ ulas
Garam - secubit
Gula - secubit
Lada Putih - secubit
Timun (dipotong dadu)



Cara-cara penyediaan Burger Kambing Mediterranean:
1. Kisarkan Daging Kambing,Jintan Putih, Kayu Manis dan bawang Putih di dalam pengisar sehingga halus dan serata.
2. Campurkan bahan kisaran tadi dengan kuning telur dan serbuk panko dan gaul sehingga sebati.
3. Bentukkan adunan menjadi ‘Patty’ burger dan salutkan bahagian atas dan bawah burger dengan serbuk panko.
4. Masak burger selama 6 minit setiap bahagian atau sehingga masak.

Cara-cara penyediaan Raita (Tatziki):
1. Kisarkan semua bahan sehingga halus.
2. Letakkan timun dalam bahan kisaran.