Khamis, 14 Mac 2013

Resepi Aiskrim! Buat Ice Cream Sendiri Jep!




Ice Cream! Sape tak suke, ye dok? Hehe.. Apa-apa pun korang boleh la tengok resepi kat bawah ni.. Aiskrim ala-ala Baskin Robbins gitu.. (^^,) Lepas ni dah boleh buat ice cream sendiri je lah..  Meh tengok bahan-bahan yang simple giler ni..

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1/3 tin susu pekat (ikut nak la nak manis macam mana)
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalett (optional: utk gebukan ice cream jepp)

Perasa:
Ikut la nak letak perasa apa. Macam dalam gambar ni ada 4 perasa. Pandan, Strawberry, Keladi, ngan Milo. Macam ice cream paddle pop pulokk..


Cara-cara:

1) Campakkan jep semua bahan-bahan tu kecuali perasa dalam bekas besar, lepas tu guna mixer. Putar selama 15 - 20 minit. Fuhh, jangan lenguh sudah laa.

2) Simpan dalam freezer sehingga SEPARA beku sahaja.

3) Keluarkan dari peti lepas tu putar lagi sehingga bahan likat & pekat.

4) Asingkan adunan jika nak buat lebih dari 1 perasa.

5) Tambah jep perasa yang korang nak tu,

6) Dah letak dalam bekas tu, boleh la taburkan coco rice ke kismis ke.. Ikut la..

7) Simpan dalam freezer semalaman. Siap dah.. ;)

Jika suka resepi ini, boleh la tekan LIKE dibawah. Terima kasih. ^^

Ahad, 16 Disember 2012

Resepi Ayam Masak Coke



Ha? Betul ke air coke tu? Iya laa, nama lain pun Coca-Cola. Hee.. Itu adalah ayat mula-mula saya dengar tentang resepi ini. *Jakun*.. Haha.. Tak sangka air coke pun boleh buat dalam masakan. Dah memang lama gila lah tak minum air coke ini. Bukan apa, tak kena dengan tekak nie ha.. Eceh, sebenarnya jaga kesihatan. Sekali-sekala apa salahnya kan? Gambar ini saya ambil dari blog Akak Nina. Saya tak ingat nak ambil gambar ayam yang saya masak tu. Sama je dengan dalam gambar ni. Hikhik.. Meh kita tengok Resepi Ayam Masak Coke ini.


BAHAN-BAHAN

1 Ekor Ayam ( Dipotong Kecil )
1 Sudu Teh Garam
2 Sudu Besar Minyak Masak
6 Ulas Bawang Putih ( Dititik )
1 Tin Coca-cola
1 Sudu Teh Serbuk Pati Ayam
2 Sudu Teh Gula (boleh kurangkan sebab air coke dah manis)
1 Sudu kicap manis
1 Sudu teh lada hitam (terpulang nak letak ke tak)


CARA-CARA PENYEDIAAN

1. Perap ayam dengan garam selama 3 jam.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan masukkan ayam. Kacau selama 2 minit.
3. Masukkan coca-cola, serbuk pati ayam dan gula serta kicap manis.
4. Biar mendidih hingga sos menjadi pekat.
5. Dihidang panas bersama nasi putih.

P/S: Jika anda suka dengan resepi ini, bolehlah tekan butang LIKE dibawah. Terima kasih.


Sabtu, 1 Disember 2012

Izyan JUARA MasterChef Malaysia Musim 2



Tahniah IZYAN! Anda mengikuti jejak Juara Masterchef Malaysia Musim Pertama iaitu Chef Ezani Monoto! Izyan kini sudah bergelar JUARA Masterchef Malaysia kedua secara rasminya. Apa yang dok merepek ni. Hehe.. Habuan yang dibawa pulang ialah RM100,000 beserta barangan Panasonic bernilai hampir RM10,000. Bagi saya, hadiah tu sampingan je, yang penting dapat title JUARA tu syok. Ye dok? =) Dan yang paling best, buat pertama kalinya MasterChef Malaysia di siarkan secara LANSUNG! Tapi yang tak best, tak dapat nak tengok finalis nie memasak. Huh!

Izyan menyediakan pemanis mulut

Pemanis mulut disediakan oleh Ah Hong

Along menyediakan pemanis mulut di dapur 




Untuk makluman, peserta feveret saya ialah Etiqa. Dah last-last minit, dia tersingkir. Aduh, sedihnya. Haha..


Diberikan barangan Panasonic 
Akhir sekali, tunggu lah kemunculan Chef Faizul dalam MasterChef Malaysia musim ketiga. Hehehe.. Nampak tak kek yang Izyan buat, kalau nak try nie resepi saya Kek Coklat Kukus Super Moist. Cubalah!