Tahniah IZYAN! Anda mengikuti jejak Juara Masterchef Malaysia Musim Pertama iaitu
Chef Ezani Monoto! Izyan kini sudah bergelar JUARA Masterchef Malaysia kedua secara rasminya. Apa yang dok merepek ni. Hehe.. Habuan yang dibawa pulang ialah RM100,000 beserta barangan Panasonic bernilai hampir RM10,000. Bagi saya, hadiah tu sampingan je, yang penting dapat title JUARA tu syok. Ye dok? =) Dan yang paling best, buat pertama kalinya MasterChef Malaysia di siarkan secara LANSUNG! Tapi yang tak best, tak dapat nak tengok finalis nie memasak. Huh!
 |
Izyan menyediakan pemanis mulut |
 |
Pemanis mulut disediakan oleh Ah Hong |
 |
Along menyediakan pemanis mulut di dapur |
Untuk makluman, peserta feveret saya ialah Etiqa. Dah last-last minit, dia tersingkir. Aduh, sedihnya. Haha..
 |
Diberikan barangan Panasonic |
Akhir sekali, tunggu lah kemunculan Chef Faizul dalam MasterChef Malaysia musim ketiga. Hehehe.. Nampak tak kek yang Izyan buat, kalau nak try nie resepi saya
Kek Coklat Kukus Super Moist. Cubalah!