Jumaat, 2 November 2012

Resepi Kek Coklat Kukus Super Moist






Salam semua...

Hari ni saya nak kongsi satu resepi kek yang sangat mudah. Dan saya jamin kek ini merupakan kegemaran kebanyakan isi rumah. Hehe...rugila sape2 yang tak suka kek ni. Ok,kek yang saya maksudkan adalah kek coklat. Dah banyak kali saya buat, dan sambutannya sangat menggalakkan. (dirumah sayala...budak2 tu memang pantang jumpa bendalah yang ada coklat ni)

Nak buat kek ni pun mudah sesangat, tak perlu mixer, oven bagai. Just godek2 aje, dengan senduk nasik pun ok jugak.Janji adunan sebati. Masak pula, cuma guna pengukus. Ha...kan senang tu..

Ok, untuk resepinya pula

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan sebuk koko
1 cawan minyak mazola (boleh gantikan dengan minyak masak)
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat
1/2 cawan milo
1 sudu kecil nescafe (terpulang)
3 biji telur + esen vanilla (untuk kurangkan hanyir telur)

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*ayak bersama 2 atau 3 kali

Cara memasak..
Satukan semua bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau ++. Cucuk dengan garfu untuk memastikan kek masak sempurna..

Topping mudah
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat (boleh kurangkan sikit)
2 sudu makan mentega (boleh kurangkan)
Coco rice atau manik warna-warni

Nak buat topping nie sangat senang.. Mula-mula panaskan susu pekat dalam periuk. Lepas tu masukkan pula serbuk koko. Kacau sebati. Lepas tu masukkan mentega. Mentega nie pula jangan terlebih nanti xsedap.. Kacau semua sehingga sebati. Jangan panaskan atas api lama-lama nanti pahit. Just make sure semua sebati. Lepas tu boleh curahkan ke atas kek yang sudah dikukus tadi.. Boleh taburkan coco rice atau hiasan lain.

Selamat mencuba!