Rabu, 18 Januari 2012

Resepi Mousse Coklat

BAHAN-BAHAN:
120gm Coklat Putih ('bittersweet' atau 'semisweet' – dipotong ketulan)
2 biji Telur Kuning (saiz besar)
60gm Gula Halus
½ sudu kecil Extrak Vanila Tulen
250 ml ‘Whipping’ Krim (35-40% kandungan lemak)

HIASAN:
'Whipped' Krim
Raspberries Segar
Coklat (diparut)

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan periuk bersama 50ml krim.
2. Sementara itu, dengan menggunakan periuk 'stainless steel' bersaiz sederhana yang telah dipanaskan, masukkan ketulan kecil coklat dan kacaukan ia sehingga coklat itu cair dengan sempurna.
3. Selepas itu, masukkan coklat cair tadi ke dalam krim yang dipanaskan.
4. Pada masa yang sama, pukul telur kuning dan campurkan ia ke dalam bahan-bahan tadi. Gaul sehingga sebati. Tutup dan masukkan ia ke dalam peti sejuk untuk sementara.
5. Sementara bahan-bahan tadi menyejuk, pukulkan 'whipping' krim di dalam bekas yang lain bersama gula dan extrak vanila sehingga ia menjadi adunan yang lembut.
6. Kemudian, keluarkan bahan yang telah disejukkan tadi. 7. Kacau ia dengan perlahan dan masukkan 2 sudu penuh 'whipping' krim ke dalam campuran coklat tadi untuk cairkan warnanya.
7. Kemudian salutkan baki 'whipping' krim ke dalam campuran coklat dan gaulkan secara perlahan sehingga sebati.
8. Akhir sekali, letakkan 'mousse' coklat dengan menggunakan sudu dan massukan ia ke dalam pinggan atau gelas untuk 6 hidangan mengikut citarasa. Tutup dan sejukkan untuk beberapa jam.

p/s: Untuk hidangan: Hidangkan 'Mousse' coklat yang telah disejukkan tadi bersama 'whipped' krim, raspberries segar, buah-buahan segar, kacang tumbuk, serbuk atau parutan coklat, puri buah dan sebagainya mengikut citarasa.