Selasa, 17 Januari 2012

Resepi Daging Masak Hitam (Resepi Chef Wan)



BAHAN-BAHAN (sukatan sila agak-agak sendiri):
Daging - dipotong kiub
Minyak masak
Air asam
Kicap pekat
Gula melaka

BAHAN-BAHAN TUMBUK/KISAR:
Serai
Halia
Bawang Merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Lada lumat @cili boh @ cili kering blend

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan kesemua bahan tumbuk sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan air asam. Gaulkan rata. Biarkan masak seketika.
3. Tambahkan 2-3 sudu kicap pekat. Gaulkan. Tambahkan sedikit lagi kicap jika perlu sehingga warna bertukar gelap.
4. Masukkan ketulan gula melaka. Tambah air jika perlu. Kacau masakan. Biarkan daging sehingga betul-betul masak, lebih kurang 15 minit.
5. Apabila daging sudah masak. Jika suka, boleh tambahkan sedikit kerisik dan kacau sebelum memadamkan api.

Ps: Saya suka menambahkan sedikit serbuk lada hitam untuk memedaskan masakan.