Jumaat, 23 November 2012

Resepi Ayam Masak Kicap ABC



Aduhai, kenapa resepi masakan kali ini banyak guna abjad ABC? Semalam baru update Resepi ABC Double Special. Berbalik kepada entry kali ini. Berdasarkan tajuk, tentu anda dah tahu resepi apa yang saya akan kongsikan kali ini kan? Ya, ayam masak kicap ABC. Rasanya sama kot macam dalam iklan Syanie TV3 tu. Heheh.. Jom kita tengok resepinya ok.


BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam ( potong kecil) - perap dengan kunyit dan garam.
  • 8 biji bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 6 sudu besar cili kisar
  • Serbuk perasa
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • Kicap manis ABC secukupnya
  • Minyak untuk menumis


CARA-CARA

1. Goreng kesemua ayam yang telah diperap.

2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bahan-bahan tumbuk dan cili kisar hingga naik bau.

3. Masukkan kicap ABC dan serbuk perasa, kacau sebati.

4. Masukkan pula ayam yg telah digoreng dan bawang besar.

5. Gaul sebati dan bolehlah diangkat.

# garam tak perlu sebab ayam dah masin..

PS: Anda suka resepi ini? Kalau suka bolehlah tekan butang LIKE dibawah. Komen anda amat saya hargai.