Khamis, 22 November 2012

Resepi ABC Double Special




Ok, hari ini saya nak kongsikan resepi yang sangat simple dan senang untuk membuatnya. Malahan, semua hidangan ini disukai semua orang. Yang tak suka tu, adalah sebabnya. Kencing manis kot? ;) Resepi ini sangat santai untuk dinikmati pada waktu tengah hari ataupun petang. Jom kita tengok resepi ABC yang saya cuba dari blog Medan Selera.

BAHAN-BAHAN

  • 1 mangkuk ais } dikisar
  • 1 sudu halwa kundur
  • 1 sudu halwa buah pala
  • 2 sudu air gula Melaka
  • 2 sudu air gula } diwarnakan dengan pewarna merah
  • 2 sudu susu sejat
  • 1 sudu aiskrim
  • 1 sudu jagung dalam tin


CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan ais yang telah dikisar ke dalam mangkuk.
2. Kemudian, campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk ais tadi.
3. Sedia untuk dinikmati.

PS: Suka dengan resepi ini? Jangan lupa klik butang LIKE dibawah ini. Terima kasih! Komen dialu-alukan.