Ahad, 16 Disember 2012

Resepi Ayam Masak Coke



Ha? Betul ke air coke tu? Iya laa, nama lain pun Coca-Cola. Hee.. Itu adalah ayat mula-mula saya dengar tentang resepi ini. *Jakun*.. Haha.. Tak sangka air coke pun boleh buat dalam masakan. Dah memang lama gila lah tak minum air coke ini. Bukan apa, tak kena dengan tekak nie ha.. Eceh, sebenarnya jaga kesihatan. Sekali-sekala apa salahnya kan? Gambar ini saya ambil dari blog Akak Nina. Saya tak ingat nak ambil gambar ayam yang saya masak tu. Sama je dengan dalam gambar ni. Hikhik.. Meh kita tengok Resepi Ayam Masak Coke ini.


BAHAN-BAHAN

1 Ekor Ayam ( Dipotong Kecil )
1 Sudu Teh Garam
2 Sudu Besar Minyak Masak
6 Ulas Bawang Putih ( Dititik )
1 Tin Coca-cola
1 Sudu Teh Serbuk Pati Ayam
2 Sudu Teh Gula (boleh kurangkan sebab air coke dah manis)
1 Sudu kicap manis
1 Sudu teh lada hitam (terpulang nak letak ke tak)


CARA-CARA PENYEDIAAN

1. Perap ayam dengan garam selama 3 jam.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan masukkan ayam. Kacau selama 2 minit.
3. Masukkan coca-cola, serbuk pati ayam dan gula serta kicap manis.
4. Biar mendidih hingga sos menjadi pekat.
5. Dihidang panas bersama nasi putih.

P/S: Jika anda suka dengan resepi ini, bolehlah tekan butang LIKE dibawah. Terima kasih.