Khamis, 14 Mac 2013

Resepi Aiskrim! Buat Ice Cream Sendiri Jep!




Ice Cream! Sape tak suke, ye dok? Hehe.. Apa-apa pun korang boleh la tengok resepi kat bawah ni.. Aiskrim ala-ala Baskin Robbins gitu.. (^^,) Lepas ni dah boleh buat ice cream sendiri je lah..  Meh tengok bahan-bahan yang simple giler ni..

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1/3 tin susu pekat (ikut nak la nak manis macam mana)
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalett (optional: utk gebukan ice cream jepp)

Perasa:
Ikut la nak letak perasa apa. Macam dalam gambar ni ada 4 perasa. Pandan, Strawberry, Keladi, ngan Milo. Macam ice cream paddle pop pulokk..


Cara-cara:

1) Campakkan jep semua bahan-bahan tu kecuali perasa dalam bekas besar, lepas tu guna mixer. Putar selama 15 - 20 minit. Fuhh, jangan lenguh sudah laa.

2) Simpan dalam freezer sehingga SEPARA beku sahaja.

3) Keluarkan dari peti lepas tu putar lagi sehingga bahan likat & pekat.

4) Asingkan adunan jika nak buat lebih dari 1 perasa.

5) Tambah jep perasa yang korang nak tu,

6) Dah letak dalam bekas tu, boleh la taburkan coco rice ke kismis ke.. Ikut la..

7) Simpan dalam freezer semalaman. Siap dah.. ;)

Jika suka resepi ini, boleh la tekan LIKE dibawah. Terima kasih. ^^