Isnin, 16 Januari 2012

Resepi Nasi Goreng Thai Nenas

Ini adalah salah-satu resepi kegemaran saya. Cuba anda masak, memang sedap!

BAHAN-BAHAN NASI GORENG THAI NENAS:
2 mangkuk Nasi Putih (disejukkan)
1 biji Bawang Merah (dipotong dadu)
¼ biji Nenas (dipotong dadu)
½ biji Lobak Merah (dipotong dadu)
¼ biji Lada Bengala
Bawang Putih (dicincang)
Cili Merah (dicincang)
4cm Kunyit (ditumbuk lumat)
2 biji Telur
4 sudu besar Minyak Masak
2 sudu besar Serbuk Cili
1 sudu besar Sos Ikan
2 sudu besar Sos Tiram
2 ekor Udang Besar (dipotong kecil)
1 ekor Sotong (dipotong kecil)
1 sudu kecil Garam
½ mangkuk Daun Selasih
3 sudu besar Kacang

CARA-CARA PENYEDIAAN NASI GORENG THAI NENAS:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan tumis sehingga naik bau diikuti dengan lobak merah, kunyit, bawang putih, cili merah, lada benggala dan nenas.
2. Apabila semua bahan sudah masak, masukkan telur dan kacau sehingga masak.
3. Selepas itu, masukkan sotong dan udang dan masak sehingga separuh masak.
4. Kemudian, masukkan nasi, serbuk cili, sos ikan, sos tiram dan goreng sehingga semua serata.
5. Akhir sekali, masukkan garam mengikut cita rasa sendiri dan daun selasih. Masak sehingga daun selasih layu dan perisa sekata.