Khamis, 15 November 2012

Resepi Murtabak Maggi



Kalau cakap sahaja pasal maggi semua orang kenal. Apatah lagi cara memasaknya cukup mudah dengan menggunakan air panas sudah memadai merasainya. Namun tidak ramai yang tahu bahawa mee maggi boleh diubah cara masakan dengan pelbagai jenis masakan antaranya murtabak maggi special. Special ke?  Alhamdulillah, saya baru selesai makan Murtabak Maggi bersama keluarga sebentar tadi. Memang syok makan time hujan gini. Mesti ramai yang dah tahu cara buat murtabak maggi ni kan? Tak apa, meh saya tunjukkan cara-cara buat mereka yang masih belum mencuba. Memang senang dan simple beb!


Bahan-bahan ( 2 orang makan )

1 bungkus maggie perisa kari (dgn perencahnya sekali)
3 biji telur ayam
sedikit sayur kobis (hiris halus)
3-4 batang sausage/salami (hiris nipis)
Seketul ayam bahagian dada
cheddar cheese (yg disiap hiris - terpulang)
Lada besar (hiris- terpulang)
sedikit lada hitam
minyak
sos cili (terpulang)

Cara-cara 

1. Rebus maggi dan toskan.

2. Sambil merebus maggi, potong sausage dan potong ayam secara dadu.

3. Goreng dalam kuali pan (kuali leper yang tak perlu guna banyak minyak)

4. Gaul sebati maggi yang telah ditos bersama telur, perencah maggi, kobis, cheese, ayam, sausage, dan lada besar. Tambahkan sedikit lada hitam.

5. Panaskan kuali jenis pan tadi. Jangan guna banyak minyak pula. Sikit saje.. Lepas tu ratakan dalam pan. Jangan biarkan adunan di satu tempat aje..

6. Setelah agak garing, bolehlah terbalikkan murtabak maggi untuk bahagian sebelah lagi, SIAP! Boleh hidangkan dengan sos cili. Terpulang mengikut kreativit anda. Saya makan gitu je tak payah dengan sos tetap sedap. Siap ade keju lagi. Macam pizza lah pula.. =D

P/S: Jika anda suka resepi ini boleh laa tekan butang LIKE di bawah. Terima kasih..