Khamis, 15 November 2012

Resepi Kek Karamel (Sedap!)




Resepi kek karamel sering dibuat terutamanya bagi kaum wanita untuk dihidangkan pada minum petang. Lelaki pun boleh masak ape? Hehehe.. Selain ringkas membuatnya, kek ini juga turut sedap dinikmati dan mengambil masa yang minima untuk disiapkan.

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

2 camb gula pasir
5 biji telur asingkan kuning dan putihnya
½ cawan gula pasir yang dikisar halus
½ cawan gula aising
1 cawan susu cair
½ cawan minyak
½ cawan air sejuk
1 cawan tepung gandum
1camt krim tartar
Esen vanilla

Cara-cara

1) Gula pasir (2camb) tabur dalam tin pembakar dan panaskan hingga menjadi perang. Ketepikan dan biarkan sejuk

2) Kuning telur campur dengan ½ cawan gula pasir yang dikisar, esen vanilla dan susu cair. Kacau hingga sebati dan ketepikan

3) Tepung gandum dicampur dengan minyak dan air sejuk .Kacau hingga sebati dan ketepikan.

4) Pukul putih telur dengan mixer (kelajuan paling tinggi/No.5) hingga kembang dan ringan. Masukkan gula aising dan krim tartar. Putar lagi dengan mixer No.5. Kemudian masukkan campuran tepung gandum dan putar sekejap sahaja dengan mixer kelajuan paling rendah/No.1. (kalau suka warnakanlah dengan apa-apa warna kegemaran anda)

5) Ambil loyang pembakar tadi, masukkan campuran kuning telur diikuti dengan campuran putih telur

6) Masukkan loyang tadi kedalam bekas yang berisi air dan bakar sehingga masak. (kaedah double boiling)

P/S : Setelah masak, pastikan ia dibiarkan sejuk sebelum diterbalikkan.